

Lakukan sesuatu yang boleh mendatangkan faedah kepada seluruh ummah






Hadis ini menunjukkanbahawa jelas selesema babi H1N1 adalah bala Allah yang dihantar kepada kaum-kaum yang melakukan perkara keji dan melanggar hokum-hukum Allah secara terang-terangan, tegasnya. Peristiwa ini mempunyai pengajaran tersendiri seperti mana pengajaran yang Allah turunkan kepada umat-umat yang terdahulu seperti kaum ‘Ad dan Tsamud, yang ditimpa bala kerana enggan patuh kepada perintah Allah setelah diseru oleh nabi masing-masing.
Benarkan ini bala daripada Allah Taala? Walaupun ada yang menganggap ianya bukan bala. Tetapi berpetik dari hadis Rasulullah menunjukkan bahawa akan akan mengenakan bala yang amat pedih kepada seluruh umat manusia jika manusia melampaui batasan agama. Walaupun penyakit ini berpunya dari negara luar tidak bermakna kita bebas untuk menghitungkan diri. Kita mendoakan supaya dilindungi dengan selamat, tidak mau terjadi seperti di Acheh dahulu. Contoh terbaik yang banyak menginsafi kesalahan diri umat Islam apabila Allah menurunkan bala maka kita perlu muhasabah apa yang tidak kena.
Oleh yang demikian, selesema babi H1N1 adalah peringatan dari Allah yang sepatutnya dipandang serius bukan sahaja kerana bahayanya tetapi lebih daripada itu ia merupakan kemurkaan Allah yang bukan sahaja di dunia ini manusia menanggung kesusahan, bahkan selepas mati pun kita akan menanggung azab daripada Allah Taala. Wallahu alam..

KUALA LUMPUR: Dua buah institusi pengajian tinggi (IPT), sebuah kampus pengajian dan sebuah sekolah ditutup hari ini dan semalam selepas beberapa pelajar institusi itu dikesan terkena jangkitan penyakit seperti influenza (ILI).
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak, kampus kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) di Nibong Tebal dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jit Sin (A) di Bukit Mertajam diarahkan ditutup selama tujuh hari bermula hari ini manakala Kolej Yayasan Profesional Mara (KYM) Pahang di Kuantan diarahkan tutup seminggu bermula semalam.
Kementerian Kesihatan mengarahkan kampus UPSI ditutup sehingga 3 Ogos dan 14,000 pelajar UPSI diarahkan pulang ke rumah masing-masing selepas 435 pelajar dilaporkan dijangkiti ILI sejak petang semalam.
Justeru, ucapan takziah saya ucapkan kepada mangsa H1N1 . Saya mengesa dan menyeru kepada rakan2 di bumi UKM supaya berwaspada dengan virus ini. Banyakkan melaku solat hajat dan berdoa supaya dijauhkan dari wabak ini.
p/s: Kepada rakan2 yang meragui siptom2 /tanda2 H1N1. Ada baik lekas ke pusat kesihatan untuk membuat peperiksaan. Ayuh....
salam ukhwah sahabat UKM....
Pada hari Rabu lepas, rakyat Terengganu dikejutkan dengan kejadian runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang baru berusia setahun jagung. Stadium yang menjadi kebanggaan rakyat Terengganu menjadi mimpi ngeri yang membuatkan seluruh rakyat Malaysia terkejut dengan berita ini.
Saya yang sememangnya anak jati Terengganu dan sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan yang berlaku di negeri yang bertuah ini baikan soal politik, ekonomi, social dan pendidikan turut terkejut. Runtuh stadium!!! Huh.. dahsyat betul baru setahun tidak sampai setahun. Tapi apa-apa pun ini semestinya diterima dengan baik oleh seluruh rakyat Terenggany khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
Bagi saya, runtuhan stadium yang menjadi venue kepada kejohanan SUKMA pada tahun lepas tidaklah terkejut sampai tahap terkejut beruk kerana tanda-tanda akan berlaku runtuhan sudah ada sebelumnya. Dan kejadian seumpama ini tidak perlu kepada perang mulut dari pimpinan Terengganu.
Jerteru, saya menyeru kepada pimpinan Terengganu supaya menyiasat kesemua bangunan yang dibina selama tempoh pemerintahan mantan MB yang lepas kerana rakyat kuatiri akan berlaku kejadian yang tidak diingini berlaku kepada bangunan-bangunan yang dibina tempoh lalu yang menjadi kebanggaan negeri Terengganu.
Ucapan tahniah atas kejayaan penganjuran SUKMA yang lepas yang menyebabkan berdirinya stadium itu dan teruskan usaha untuk meningkat tahap pendidikan rakyat Terengganu.. Hidup Terengganu!!!

Namun, kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat2 di UKM maupun di luar sana tentang perilaku manusia yang saya kira isu hangat yang diperkatakan. Saya ingin mengambil satu pepatah "Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut..".
Walaupun kita menyedari bahawa tiap yang berlaku telah ditentukan oleh Allah Taala, samada baik disisi Allah dan sebaliknya. Tetapi ianya bukan satu alasan untuk kita mengubahnya denga cara kita ikhtiar. Contohnya, seorang manusia sudah ditentukan gagal dalam peperiksaan tetapi ianya boleh mengubah nasibnya dengan cara beliau rajin berusaha untuk berjaya.
Perbincangan saya,!!! Kenapa ada manusia yang mengubah keadaan dirinya yang kearah tidak baik bahkan sampai tidak dapat difikirkan dengan akal yang waras kenapa ia boleh berlaku. Saya terkejut dengan seorang artis yang saya kira dahulunya top dalam arena nasyid tanah air yang menjadi idola pada kanak2 yang menampilkan pendekatan dakwah yang betul. Tetapi, kenapa sekarang beliau mengubah keadaan dirinya dengan memilih jalan yang salah. Apa sebabnya ia boleh berlaku.
Yang kedua, kenapa sekarang ini cukup banyak masalah sosial dikalangan muda-mudi yang boleh merosakkan masa depan kita. Saya cukup kesal dengan apa yang berlaku zaman moden ini yang kita melihat macam satu petunjuk awal akan berlaku bala daripada Allh Taala. Masalah sosial seumpama pembuangan bayi secara hidup2, masalah dadah, rempit dan seumpamanya perlu dibendung.
Bagi saya kesemua ini berlaku disebabkan oleh salah pilih kawan. Dengan kawan kita jadi baik dan dengan kawan juga boleh manusia hanyut. Justeru, saya meminta kepada sahabat2 luar sana untuk menjaga dan mengawal dalam memilih kawan. Pilihlah kawan yang boleh menbawa kita sama2 ke lembah yang baik.



“Barangsiapa telah berbuat kebaikan kepadamu, maka balaslah kebaikannya itu. Jika engkau tidak mendapati apa yang dapat membalas kebaikannya itu, maka berdo’alah untuknya hingga engkau menganggap bahwa engkau benar-benar telah membalas kebaikannya.” (Hadith Sahih Riwayat Ahmad)
Wassalam.....

Bagi penulis, tindakan KDN adalah tidak berasas kerana Harakah dan Suara Keadilan merupakan bahan bacaan yang boleh kita Mahasiswa/I menilai dimana betul sesuatu isu itu dibangkit. Kita perlu menilai melalui dua bahan bacaan iaitulah akhbar rasmi yang mana lebih memihak kepada kerajaan yang memerintah manakala dua akhbar yang digantung permit ini daripada pembangkang.
Penulis cukup tidak setuju dengan tindakan kerajaan mengambil tindakan menggantung permit penerbitan. Kerana kita lihat banyak akhbar yang melanbak di pasaran yang lebih mencerung kearah menyiarkan artikel berbaur fitnah, mengelirukan serta boleh mengancam ketenteraman dan memecahbelahkan masyarakat bahkan yang menghina junjungan semasa dulu tidak dikenakan tindakan.
Jesteru, kita sebagai rakyat Malaysia umumnya dan mahasiswa UKM khasnya perlu pandai menilai. Dimana adanya diskriminasi dalam mengeluarkan permit untuk pihak-pihak tertentu. Fikir-fikirkan………….

Kejadian wanita amat unik berbanding dengan kajadian lelaki. Sengaja Allah SWT menjadikan wanita berbeza dengan kaum lelaki. Perbezaan ini mengandungi hikmah yang tidak dapat dibantah atau disangkal oleh pemikiran manusia.
Di sebalik kejadian wanita yang serba lemah, sebenarnya tersembunyi rahsia Allah yang amat besar, yang perlu disedari oleh setiap wanita. Jika wanita dapat meletakkan diri mereka di tempat yang sesuai dengan hakikat kejadian mereka yang serba lemah itu, wanita menjadi lebih mulia daripada lelaki serta menjadi penyeri alam. Wanita perlu terlebih dahulu memahami asal-usul kejadian serta mengenali kelemahan-kelemahan yang telah Allah SWT fitrahkan kepada mereka.
Wanita pertama yang dijadikan Allah SWT iaitu Hawa adalah hasil doa Nabi Allah Adam a.s. Beliau yang kesepian hidupnya di syurga ketika itu tiada teman untuk berbicara. Allah SWT memperkenankan doa beliau dengan menciptakan seorang wanita untuknya. Inilah secara ringkasnya kejadian wanita, makhluk yang halus kulitnya, lemah sendiri tulangnya dan berbeza pula bentuk serta susunan tubuhnya berbanding dengan lelaki.
Kaum wanita harus menerima hakikat asal kejadian mereka. Oleh kerana mereka dijadikan daripada tulang yang bengkok lagi lemah, mereka perlu kepada pimpinan yang halus tetapi tegas. Rasulullah saw bersabda lagi :
“Perempuan itu seperti tulang rusuk, jika kamu meluruskannya, bererti kamu mematahkannya. Jika kamu membiarkannya, dia akan tetap bengkok.”
Riwayat Imam Bukhari
Dalam keadaan yang lemah ini, wanita tidak mampu untuk membuat sesuatu pekerjaan kecuali dibantu dengan baik. Oleh sebab itulah Allah SWT tidak menuntut wanita melaksanakan sesuatu yang tidak termampu olehnya. Apa yang dipertanggungjawabkan ke atas wanita adalah bersesuaian dengan kekuatan fizikal dan mentalnya.
Ini boleh dilihat dari sudut ibadahnya. Walaupun Allah SWT telah mewajibkan ke atas setiap mukalaf supaya mengucapkan dua kalimah syahadah, menunaikan solat, berpuasa, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji, namun bagi kaum wanita hanya tiga perkara yang mampu dilaksanakan sendiri iaitu mengucapkan syahadah, solat dan berpuasa. Dalam melaksanakan haji sdan berzakat, mereka umumnya memerlukan bantuan kaum lelaki.
Jika dibandingkan dengan kaum lelaki daripada sudut ibadah, ternyata ibadah kaum wanita adalah sedikit. Cuma Allah SWT tidak pernah melebihkan kaum lelaki daripada segi pahalanya, seperti mana firman Allah SWT :
“Barangsiapa mengerjakan kebaikan, baik daripada lelaki mahupun perempuan, padahal dia beriman,maka pasti Kami akan beri penghidupan dengan hidup yang baik dan nescaya Kami akan beri balasan pahala atas mereka itu dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan.” Surah An-Nahl : 97
Wanita tidak hanya lemah pada asal kejadiannya malah pada umumnya lemah juga pada akalnya. Jika diukur nisbah antara akal dan nafsu, wanita hanya mempunyai satu akal berbanding dengan sembilan nafsu. Manakala lelaki pula mempunyai satu nafsu berbanding dengan sembilan akal. Ini jelas dalam Al-Quran sebagaimana firman Allah SWT :
“Dialah yang menciptakan kamu daripada nafsu yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya.”
Maka atas ketinggian nafsu yang terlalu berbeza dengan akal, wanita lazimnya menjadi terlalu emosional (kuat perasaan) sehingga mudah merasa sensitif dalam semua hal. Lebih-lebih lagi dalam hal yang berkaitan dengan urusannya. Oleh kerana itu, wanita perlu mendapatkan pimpinan daripada kaum lelaki yang lebih luas pemikirannya. Dengan pimpinan itu, mereka akan mendapat panduan untuk bertindak dalam sesuatu hal dan dapat manfaatkan emosinya untuk kebaikan.
“Kaum lelaki itu adalah pemimipin dan pengawal yang bertanggungjawab kepada kaum perempuan. Oleh kerana Allah SWT melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka.”
Surah An-Nisa : 34
Emosi perlu bagi wanita kerana tanpa emosi, kaum wanita ditakuti bertindak liar dan merosakkan. Tanpa bimbingan, nafsu lebih banyak mempengaruhi mereka daripada akal. Namun begitu, jika emosi dipimpin dan diatur selaras dengan syariat – wanita akan menjadi makhluk yang paling cantik, unik, sensitif dengan Allah, dengan makhluk dan alam sekitarnya. Barulah mereka menjadi mutiara yang paling berharga di dunia.
Bagi memimpin emosi, wanita perlu meningkatkan ilmu dunia dan akhirat. Jika ilmu dapat dipertingkatkan, daya fikrah (akal) juga akan menjadi kuat. Apabila daya fikrah kuat, nafsu yang liar akan dapat dididik dan ditundukkan. Nafsu yang telah ditundukkan akan bertukar kepada nafsu yang tinggi martabatnya di sisi Allah iaitu sekurang-kurangnya peringkat nafsu yang paling rendah yang dapat menjamin keselamatan di akhirat kelak. Ini dinyatakan sendiri oleh Allah SWT dengan firman-Nya yang bermaksud :
“Hai jiwa yang tenang (nafsu mutmainnah) kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya.” Surah Al-Fajr : 23
satu lagi faktor yang boleh menundukkan emosi wanita secara semulajadi ialah apabila wanita melahirkan anak. Pada setiap kelahiran anak terkandung 1001 rahsia Allah SWT perlu juga diketahui sedikit sebanyak oleh wanita itu sendiri. Sakit yang dideritai ketika bersalin, selain menjadi sebab untuk menghapuskan dosa-dosa yang lalu, juga akan menurunkan emosi wanita. Jika emosi boleh dibilang, maka pada setiap kelahiran itu gugurlah satu emosi. Inilah antara sebab mengapa wanita menjadi kian matang apabila anak semakin bertambah.
Tujuan kita mendedahkan kelemahan bukanlah kerana hendak merendah-rendahkan kaum wanita, tetapi supaya mereka terus terpimpin dan sedar di garisan mana harus mereka bertapak dan berpijak. Andai kata tredapat kekurangan dari segi hak dalam syariat Islam atau di dalam sudut-sudut yang lain, sebenarnya Islam telah menggantikannya dengan kelebihan dalam sudut yang lain bersesuaian dengan fitrah semulajadinya. Terjadi kekurangan itu adalah untuk faedah atau kepentingan kaum wanita itu sendiri.
Oleh kerana kaum wanita halus perasaannya berbanding dengan kaum lelaki, maka atas dasar inilah mereka lebih sesuai berperanan sebagai pendidik anak-anak dan menguruskan keluarga. Ini kerana bidang ini memerlukan seorang pengurus yang halus emosinya, dan tabiat ini sememangnya ada pada wanita. Ianya bukanlah satu penghinaan tetapi merupan satu penghormatan daripada Allah SWT. Di situlah letaknya kemuliaan.
Oleh sebab itulah, kaum wanita mestilah berusaha menjaga maruahnya supaya tidak tercemar. Usaha menjaga maruah diri juga merupakan satu cabang daripada banyaknya cbang ibadah. Ini termasuklah menjaga tutur kata, gerak-geri, tingkah laku dan apa saja yang berkaitan dengan peribadi wanita itu sendiri. Maruah wanita adalah sesuatu yang seni, halus dan sensitif. Bagi menjaganya, bukanlah mudah kecuali dengan ilmu dan iman yang kuat.
Semalam merupakan titik kemenangan bersejarah buat MPP Mahasiswa dalam Meting PMUKM kali ke-2 yang mana tercatit pengalaman manis dan pahit dalam mesyuarat tersebut. Pelbagai masalah dan gerak kerja MPP Mahasiswa dibentang oleh Wakil-wakil Fakulti. Namun, selepas sesi itu, agenda Wakil UMUM dibentang, pelbagai luahan hati dan pandangan yang terus ditalukan kepada pimpinan PMUKM. Ditambah pula dengan beberapa usul dikemukakan kepada pimpinan. Bagi saya, meting semalam merupakan gertakan pertama MPP Mahasiswa kepada pimpinan PMUKM. Desakan demi desakan dilontarkan kepada pimpinan sehinggakan saya melihat pimpinan PMUKM mengelabah. Saya masih tidak berpuas hati dengan kenyataan saudara Presiden yang tidak memberi respon yang baik terhadap persoalan saudara Fikah yang mahukan kriteria-kriteria yang diambil untuk pemilihan exco-exco PMUKM. Sehingga satu tahap saudara Presiden mengambil jalan untuk kaluar dari meting yang ditetapkan oleh beliau sendiri dengan alasan terdapat meting lain yang menunggu diluar. Inilah dia seorang Presiden yang mempunyai 2 jawatan dalam PMUKM sehingga tidak dapat memberi komitmen yang baik di dalam meting
Dalam sesi penbentangan usul, kami mengapai kemenangan besar sehingga 6 daripada 7 usul diterima dan penerimaan hasil meting itu WAJIB dilaksanakan oleh pimpinan PMUKM. Kemenangan besar dalam meting semalam mungkin disebabkan kecuaian dan ketidakseriusan exco-exco PMUKM yang tidak menghadirkan diri dalam meting tersebut. Jesteru iti, saya mengajak saudara/i mahasiswa/i di bumi UKM ini menilai apakah yang kami bincangkan ini terlaksana atau tidak seterusnya kita semua melakukan muhasabah.
USUL yang disetujui:
1. Usul supaya diadakan Mesyuarat Agung Tahunan JAKSA kolej diseluruh UKM dijalankan di semua kolej kediaman bagi bagi membentangkan laporan keseluruhan program aktivi kolej dan juga laporan kewangan JAKSA kolej kepad seluruh penghuni kolej kediaman masing masing .
2. Usul supaya diadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi PMUKM bagi membentangkan laporan program sepanjang tahun dan juga laporan kewangan PMUKM kepada seluruh mahasiswa/i UKM .
3. Usul supaya PMUKM mengeluarkan surat penegasan pendirian kepada Pihak Pentadbiran UKM mengenai setiap isu yang melibatkan kepentingan mahasiswa/i.
4. Usul supaya saudari Speaker iaitu Sdr.Intan Zanariah Binti Abdul Aziz selaku wakil MPP Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan mengambil tanggungjawab yang sepenuhnya terhadap isu Sdr.Norihan Rahim pelajar FSSK tahun3 yang menjadi mangsa kemalangan dengan Bas Kiffah di Kolej Keris Mas.
5. Usul supaya mesyuarat PMUKM dijalankan secara berkala iaitu sebulan sekali dan juga mesyuarat PMUKM bersama Lembaga Pengurusan Universiti diadakan dua bulan sekali bagi membincangkan khusus mengenai permasalahan dan kebajikan mahasiswa/i UKM.
6. Memansuhkan jawatan senator yang terdiri daripada calon calon yang kalah dalam pilihanraya kampus yang lalu atau sesiapa sahaja yang dilantik oleh Presiden PMUKM daripada didktiraf sebagai ahli mesyuarat PMUKM sepertimana calon yang menang.