Thursday, March 19, 2009

Untukmu MAHASISWA/I !!!??

Semalam merupakan titik kemenangan bersejarah buat MPP Mahasiswa dalam Meting PMUKM kali ke-2 yang mana tercatit pengalaman manis dan pahit dalam mesyuarat tersebut. Pelbagai masalah dan gerak kerja MPP Mahasiswa dibentang oleh Wakil-wakil Fakulti. Namun, selepas sesi itu, agenda Wakil UMUM dibentang, pelbagai luahan hati dan pandangan yang terus ditalukan kepada pimpinan PMUKM. Ditambah pula dengan beberapa usul dikemukakan kepada pimpinan.

Bagi saya, meting semalam merupakan gertakan pertama MPP Mahasiswa kepada pimpinan PMUKM. Desakan demi desakan dilontarkan kepada pimpinan sehinggakan saya melihat pimpinan PMUKM mengelabah. Saya masih tidak berpuas hati dengan kenyataan saudara Presiden yang tidak memberi respon yang baik terhadap persoalan saudara Fikah yang mahukan kriteria-kriteria yang diambil untuk pemilihan exco-exco PMUKM. Sehingga satu tahap saudara Presiden mengambil jalan untuk kaluar dari meting yang ditetapkan oleh beliau sendiri dengan alasan terdapat meting lain yang menunggu diluar. Inilah dia seorang Presiden yang mempunyai 2 jawatan dalam PMUKM sehingga tidak dapat memberi komitmen yang baik di dalam meting

Dalam sesi penbentangan usul, kami mengapai kemenangan besar sehingga 6 daripada 7 usul diterima dan penerimaan hasil meting itu WAJIB dilaksanakan oleh pimpinan PMUKM. Kemenangan besar dalam meting semalam mungkin disebabkan kecuaian dan ketidakseriusan exco-exco PMUKM yang tidak menghadirkan diri dalam meting tersebut. Jesteru iti, saya mengajak saudara/i mahasiswa/i di bumi UKM ini menilai apakah yang kami bincangkan ini terlaksana atau tidak seterusnya kita semua melakukan muhasabah.


USUL yang disetujui:

1. Usul supaya diadakan Mesyuarat Agung Tahunan JAKSA kolej diseluruh UKM dijalankan di semua kolej kediaman bagi bagi membentangkan laporan keseluruhan program aktivi kolej dan juga laporan kewangan JAKSA kolej kepad seluruh penghuni kolej kediaman masing masing .

2. Usul supaya diadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi PMUKM bagi membentangkan laporan program sepanjang tahun dan juga laporan kewangan PMUKM kepada seluruh mahasiswa/i UKM .

3. Usul supaya PMUKM mengeluarkan surat penegasan pendirian kepada Pihak Pentadbiran UKM mengenai setiap isu yang melibatkan kepentingan mahasiswa/i.

4. Usul supaya saudari Speaker iaitu Sdr.Intan Zanariah Binti Abdul Aziz selaku wakil MPP Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan mengambil tanggungjawab yang sepenuhnya terhadap isu Sdr.Norihan Rahim pelajar FSSK tahun3 yang menjadi mangsa kemalangan dengan Bas Kiffah di Kolej Keris Mas.

5. Usul supaya mesyuarat PMUKM dijalankan secara berkala iaitu sebulan sekali dan juga mesyuarat PMUKM bersama Lembaga Pengurusan Universiti diadakan dua bulan sekali bagi membincangkan khusus mengenai permasalahan dan kebajikan mahasiswa/i UKM.

6. Memansuhkan jawatan senator yang terdiri daripada calon calon yang kalah dalam pilihanraya kampus yang lalu atau sesiapa sahaja yang dilantik oleh Presiden PMUKM daripada didktiraf sebagai ahli mesyuarat PMUKM sepertimana calon yang menang.

0 comments: