Saturday, February 28, 2009

FIKIR SEKEJAP : Antara pegang awek & pegang anjing

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa?

ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".
LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.
ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.
ANJING: Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"
Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa “Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram”.
Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.
Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, “Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)


“…Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”. (Surah Zumar: 9) "

Thursday, February 26, 2009

PERMOHONAN KOLEJ KEDIAMAN BAGI SESI 2009/2010


Kepada mahasiswa/i UKM yang ingin membuat permohonan penginapan kolej kediaman,anda semua boleh memohon seperti maklumagt dibawah

Alamat Laman Web : www.ukm.my/upp
Tarikh Mula : 02 - 13 Mac 2009
Kolej : Semua Kolej Kediaman
Kaedah : Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah di klik 'hantar' dan cetak( untuk simpanan sendiri)

semua mahasiswa/i dinasihatkan membuat permohonan dalam tarikh yang ditetapkan. lewat tarikh tersebut,permohonan tidak akan diterima. Sekiranya saudara/i menghadapi masalah membuat permohonan,sila berhubung dengan pejabat kolej kediaman atat Unit perumahan pelajar

Wednesday, February 25, 2009

Datuk Nazri sokong mansuhkan AUKU!!!

video
Setujukah Anda!!!!???

PPSMI membunuh daya intelek bangsa melayu


Kita menjadi hairan mengapa pemimpin-pemimpin UMNO bermati-matian mempertahankan dasar PPSMI ini walaupun telah dibangkang oleh para cendikiawan bangsa dan bahasa, parti-parti pembangkang dan rakyat terbanyak.


Pemimpin-pemimpin UMNO yang tetap ingin meneruskan dasar ini yang memang merugikan anak-anak melayu itu sendiri pada masa hadapan. Mereka sanggup menipu rakyat Malaysia dengan angka-angka dan peratusan yang meningkat saban tahun walaupun bukan lagi menjadi rahsia tentang pembohongan mereka.


Angka peratusan boleh dinaikkan dengan menurunkan peratusan lulus dalam mata pelajaran terbabit yakni Sains dan Matematik. Seperti Pak Kaduk menang sorak kampung tergadai. Menteri Pelajaran begitu berbangga mengumumkan kenaikan peratusan kelulusan mata pelajaran terbabit saban tahun tanpa rasa malu.

Pada asasnya dasar ini dibuat adalah bertujuan untuk meramaikan bangsa Melayu yang pandai berbahasa Inggeris yang dicetuskan oleh PM terdahulu Tun Mahathir tetapi kaedah yang dibuat tidak kena pada tempatnya. Seperti tikus membaiki labu sahaja lagaknya.

Keputusan yang terburu-buru tanpa kajian yang mendalam dan telus telah menjahanamkan daya intelek anak-anak bangsa Melayu dalam jangkamasa yang panjang. Ramai anak-anak melayu hilang minat untuk mempelajari Sains dan Matematik dari peringkat awal-awal lagi kerana masalah terpaksa menggunakan bahasa Inggeris.

Projek atau tender dalam melaksanakan program PPSMI inilah yang dipertahankan oleh pemimpin UMNO kerana mereka dapat menimbunkan kekayaan wang ringgit tanpa batasan khususnya kepada kaum keluarga dan kroni. Tak kiralah apa-apapun projek yang telah dan akan dibuat oleh kerajaan UMNO.

Amat memalukan bila MCA salah satu komponen BN menolak perlaksanaan PPSMI ini kerana mereka sayangkan bahasa dan budaya mereka, walaupun begitu anak-anak cina sangat fasih berbahasa Inggeris dari anak-anak Melayu.

Bagaimana untuk mempelajari bahasa Inggeris supaya pandai dan boleh berkomunikasi dengan baik? Jawapannya amat mudah sekali iaitu belajar bahasa Inggeris itu sendiri jangan campur adukkan dengan mata pelajaran yang memerlukan kemahiran mengira dan konsep sains.

Pernahkah anda melihat pakar mempelajari bahasa Inggeris iaitu British Council BBC, Linguaphone atau mana mana sekolah mempelajari bahasa Inggeris menggunakan subjek Matematik dan Sains supaya pelajarnya menjadi sangat pandai dan fasih dalam bahasa Inggeris?

Jawapannya tentulah TIDAK PERNAH! tapi ianya berlaku di Malaysia...

Monday, February 23, 2009

DIALOG bersama MPP Mahasiswa

Friday, February 13, 2009

VALENTINE DAY : Jangan dibius cinta


Isu semasa yang sedang hangat melanda jiwa remaja-remaja kita hatta masyarakat Islam secara umumnya.

Aku Dibius Cinta itulah tajuk yang akan dibawa oleh 2 panelis yang tidak asing lagi;

1) Ustaz Hasrizal Abdul Jamil(Pakar Motivasi-www.saifulislam.com dan Pengarang buku “Aku Terima Nikahnya”

2) Ustaz Mohd Uda Kasim (Eksekutif Penerangan dan Dakwah Lembaga Zakat Selangor)

Jom datang beramai-ramai untuk mendapatkan penerangan jelas tentang sambutan ‘Hari Kekasih’ yang disambut di seluruh dunia sambil berhibur dengan artis nasyid jemputan; Mestica.

Sebarkan kepada rakan2 dan saudara-mara ye :D


Friday, February 6, 2009

Suhakam: Cara tubuh k'jaan baru PERAK bermasalah


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata cara pembentukan kerajaan baru di Perak telah menimbulkan persoalan dan seterusnya mengenai kesahihan kerajaan negeri yang baru itu.

Sehubungan itu, Suhakam mengulangi bahawa, hanya pilihanraya bebas dan adil yang juga satu hak asasi manusia dapat menyelesaikan ketidaktentuan politik di negeri tersebut.

Dalam satu kenyataannya, Suhakam berkata, ia merupakan hak asasi rakyat untuk memilih kerajaan yang adil pilihan mereka.

Menurutnya, Suhakam mengambil perhatian bahawa Sultan Perak tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Suhakam berpandangan bahawa pilihanraya baru bagi Dewan Undangan Negeri - selaras dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia - akan menyelesaikan ketidaktentuan politik berhubung kedudukan kerajaan negeri, terutama apabila kesahihan surat peletakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) diragui," tambahnya.

Menurutnya, bersempena menyambut Hari Hak Asasi Manusia Malaysia pada 9 September 2007, Suhakam telah memfokuskan kepada keperluan dan pentingnya pilihanraya yang adil dan bebas.

"Walaupun Suhakam mendapati pilihanraya di Malaysia pada umumnya bebas, tetapi ia tidak adil sepenuhnya kerana ada contoh berlaku penyelewengan kemudahan dan dana kerajaan sewaktu tempoh kempen pilihanraya, termasuk kawalan ke atas media.

"Juga terdapat dakwaaan berlakunya politik wang dan perbuatan membeli undi," katanya.

Bagaimanapun, Suhakam juga mendapati ada pembaikan dalam proses pilihanraya dalam pilihanraya umum pada 8 Mac 2008 dan pilihanraya kecil baru-baru ini.

Perak dilanda krisis politik apabila empat Adun Pakatan Rakyat keluar parti dan menjadi Adun bebas dan seorang daripadanya kembali merujuk BN.

Berikutan itu, jumlah kerusi yang dimilik Pakatan di DUN Perak tinggal 28 dan sama jumlahnya dengan kerusi Barisan Nasional.

Ketiga-tiga Adun bebas itu kemudiannya menyatakan sokongan mereka kepada BN.

Tindakan itu sekali gus memberi kelebihan majoriti kepada BN untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baru.

Sultan Perak menolak permohonan Pakatan supaya DUN dibubarkan dan pilihanraya negeri diadakan semula.

Keadaan menjadi tegang apabila Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin enggan meletakkan jawatan seperti yang dititahkan oleh Sultan Perak.

Berikutan itu, kesemua 28 Adun Pakatan memulaukan majlis angkat sumpah Dr Zambry jam 3.30 petang tadi.

Ribuan orang penyokong Pakatan Rakyat berkumpul membantah pelantikan menteri besar baru selepas solat Jumaat di Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar, sehingga polis terpaksa menembak gas pemedih mata berkali-kali.

Masjid tersebut terletak kira-kira satu kilometer dari Istana Iskandariah - tempat berlangsungnya majlis angkat sumpah menteri besar yang baru.

Thursday, February 5, 2009

WACANA MAHASISWA !!!


10 Februari 2009 (Selasa)
8.00 malam - 11.00 malam
Dewan Anuwar Mahmud (DAM)
Fakulti Sains & Teknologi (FST)


MANDAT!!!! laksana amanat....

Alhamdulillah, Pilihanraya kampus telah pun berlalu. Jadi, saya selaku MPP PMUKM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh mahasiswa/i tahun 3/4/5 di seluruh kampus Bangi, Cheras dan Kuala lumpur kerana mengundi dan memberi kepercayaan kepada saya pada pilihanraya kampus pada 15 Januari 2009 yang lepas. Pilihan anda adalah tepat.!! Mandat yang besar diberikan kepada saya akan saya perjuangkan hak-hak dan kebajikan mahasiswa/i di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Manifesto :
  • Meningkatkan peryertaan pelajar dalam program-program berbentuk akademik dan ilmiah di peringkat universiti mahupun peringkat nasional.
  • Mengekalkan seni budaya antara kaum berteraskan integrasi bertepatan dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.


" MAHASISWA MEMACU KEBANGKITAN"

Kenangan Kempen "PRK UKM"