Wednesday, February 25, 2009

PPSMI membunuh daya intelek bangsa melayu


Kita menjadi hairan mengapa pemimpin-pemimpin UMNO bermati-matian mempertahankan dasar PPSMI ini walaupun telah dibangkang oleh para cendikiawan bangsa dan bahasa, parti-parti pembangkang dan rakyat terbanyak.


Pemimpin-pemimpin UMNO yang tetap ingin meneruskan dasar ini yang memang merugikan anak-anak melayu itu sendiri pada masa hadapan. Mereka sanggup menipu rakyat Malaysia dengan angka-angka dan peratusan yang meningkat saban tahun walaupun bukan lagi menjadi rahsia tentang pembohongan mereka.


Angka peratusan boleh dinaikkan dengan menurunkan peratusan lulus dalam mata pelajaran terbabit yakni Sains dan Matematik. Seperti Pak Kaduk menang sorak kampung tergadai. Menteri Pelajaran begitu berbangga mengumumkan kenaikan peratusan kelulusan mata pelajaran terbabit saban tahun tanpa rasa malu.

Pada asasnya dasar ini dibuat adalah bertujuan untuk meramaikan bangsa Melayu yang pandai berbahasa Inggeris yang dicetuskan oleh PM terdahulu Tun Mahathir tetapi kaedah yang dibuat tidak kena pada tempatnya. Seperti tikus membaiki labu sahaja lagaknya.

Keputusan yang terburu-buru tanpa kajian yang mendalam dan telus telah menjahanamkan daya intelek anak-anak bangsa Melayu dalam jangkamasa yang panjang. Ramai anak-anak melayu hilang minat untuk mempelajari Sains dan Matematik dari peringkat awal-awal lagi kerana masalah terpaksa menggunakan bahasa Inggeris.

Projek atau tender dalam melaksanakan program PPSMI inilah yang dipertahankan oleh pemimpin UMNO kerana mereka dapat menimbunkan kekayaan wang ringgit tanpa batasan khususnya kepada kaum keluarga dan kroni. Tak kiralah apa-apapun projek yang telah dan akan dibuat oleh kerajaan UMNO.

Amat memalukan bila MCA salah satu komponen BN menolak perlaksanaan PPSMI ini kerana mereka sayangkan bahasa dan budaya mereka, walaupun begitu anak-anak cina sangat fasih berbahasa Inggeris dari anak-anak Melayu.

Bagaimana untuk mempelajari bahasa Inggeris supaya pandai dan boleh berkomunikasi dengan baik? Jawapannya amat mudah sekali iaitu belajar bahasa Inggeris itu sendiri jangan campur adukkan dengan mata pelajaran yang memerlukan kemahiran mengira dan konsep sains.

Pernahkah anda melihat pakar mempelajari bahasa Inggeris iaitu British Council BBC, Linguaphone atau mana mana sekolah mempelajari bahasa Inggeris menggunakan subjek Matematik dan Sains supaya pelajarnya menjadi sangat pandai dan fasih dalam bahasa Inggeris?

Jawapannya tentulah TIDAK PERNAH! tapi ianya berlaku di Malaysia...

0 comments: