Monday, June 29, 2009

Selamat Datang Adik2 Ku....



Salam tahniah dan selamat datang ke alam kampus kepada mahasiswa/i baru sesi 2009/10. Jadikan diri anda seorang yang hebat dengan ilmu setelah menerjah alam kampus. Jika anda memerlukan bantuan dalam proses pembelajaran. Sila hubungi:

MOHD FAEZ BIN MAT ZIN
MPPUKM (WAKIL UMUM)
013-2509738

Friday, June 5, 2009

Stadium Negeriku....


Pada hari Rabu lepas, rakyat Terengganu dikejutkan dengan kejadian runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang baru berusia setahun jagung. Stadium yang menjadi kebanggaan rakyat Terengganu menjadi mimpi ngeri yang membuatkan seluruh rakyat Malaysia terkejut dengan berita ini.

Saya yang sememangnya anak jati Terengganu dan sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan yang berlaku di negeri yang bertuah ini baikan soal politik, ekonomi, social dan pendidikan turut terkejut. Runtuh stadium!!! Huh.. dahsyat betul baru setahun tidak sampai setahun. Tapi apa-apa pun ini semestinya diterima dengan baik oleh seluruh rakyat Terenggany khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

Bagi saya, runtuhan stadium yang menjadi venue kepada kejohanan SUKMA pada tahun lepas tidaklah terkejut sampai tahap terkejut beruk kerana tanda-tanda akan berlaku runtuhan sudah ada sebelumnya. Dan kejadian seumpama ini tidak perlu kepada perang mulut dari pimpinan Terengganu.

Jerteru, saya menyeru kepada pimpinan Terengganu supaya menyiasat kesemua bangunan yang dibina selama tempoh pemerintahan mantan MB yang lepas kerana rakyat kuatiri akan berlaku kejadian yang tidak diingini berlaku kepada bangunan-bangunan yang dibina tempoh lalu yang menjadi kebanggaan negeri Terengganu.

Ucapan tahniah atas kejayaan penganjuran SUKMA yang lepas yang menyebabkan berdirinya stadium itu dan teruskan usaha untuk meningkat tahap pendidikan rakyat Terengganu.. Hidup Terengganu!!!