Wednesday, July 29, 2009

H1N1: UPSI dan USM ditutup. Takziah mangsa H1N1


KUALA LUMPUR: Dua buah institusi pengajian tinggi (IPT), sebuah kampus pengajian dan sebuah sekolah ditutup hari ini dan semalam selepas beberapa pelajar institusi itu dikesan terkena jangkitan penyakit seperti influenza (ILI).

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak, kampus kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) di Nibong Tebal dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jit Sin (A) di Bukit Mertajam diarahkan ditutup selama tujuh hari bermula hari ini manakala Kolej Yayasan Profesional Mara (KYM) Pahang di Kuantan diarahkan tutup seminggu bermula semalam.

Kementerian Kesihatan mengarahkan kampus UPSI ditutup sehingga 3 Ogos dan 14,000 pelajar UPSI diarahkan pulang ke rumah masing-masing selepas 435 pelajar dilaporkan dijangkiti ILI sejak petang semalam.

Justeru, ucapan takziah saya ucapkan kepada mangsa H1N1 . Saya mengesa dan menyeru kepada rakan2 di bumi UKM supaya berwaspada dengan virus ini. Banyakkan melaku solat hajat dan berdoa supaya dijauhkan dari wabak ini.

p/s: Kepada rakan2 yang meragui siptom2 /tanda2 H1N1. Ada baik lekas ke pusat kesihatan untuk membuat peperiksaan. Ayuh....

0 comments: