Sunday, August 30, 2009

MERDEKA!!!!


salam kemerdekaan.. Hayati erti kemerdekaan dengan makna dan pengertian yang penuh manfaat.. bukan sahaja erti pada bebas dari penjajahan.. fikir2 kan bersama. MERDEKA!!!!

Saturday, August 22, 2009

AHLAN YA RAMADHAN


Dikesempatan, saya ingin mengucapakan selamat menyambut RAMADHAN. laksanakan ibadat puasa dengan penuh tawadduk kepada Allah mudah-mudah kehadiran ramadhan kali ini penuh dengan kerahmatan dariNya

Friday, August 14, 2009

51 kes H1N1: Apakah ini suatu bala?


Saya ingin berkongsi ulasan Dato’ Dr Haron Din yang merupakan bekas pensyarah UKM yang merangkap Mursudul Am PAS. Beliau menyifatkan wabak selesema babi H1N1 merupakan bala yang diturunkan Allah akibat perbuatan keji manusia yang dilakukan secara terang-terangan. Hal ini ditegaskan berdasarkan satu hadis riwayat Ibn Majah dan al-Bazzaz yang bermaksud “Sekiranya berlaku perbuatan keji disesuatu tempat atau negeri, maka Allah akan mencampakkan penyakit itu secara meluas yang kaum-kaum sebelum tidak pernah mengenali penyakit itu”.

Hadis ini menunjukkanbahawa jelas selesema babi H1N1 adalah bala Allah yang dihantar kepada kaum-kaum yang melakukan perkara keji dan melanggar hokum-hukum Allah secara terang-terangan, tegasnya. Peristiwa ini mempunyai pengajaran tersendiri seperti mana pengajaran yang Allah turunkan kepada umat-umat yang terdahulu seperti kaum ‘Ad dan Tsamud, yang ditimpa bala kerana enggan patuh kepada perintah Allah setelah diseru oleh nabi masing-masing.

Benarkan ini bala daripada Allah Taala? Walaupun ada yang menganggap ianya bukan bala. Tetapi berpetik dari hadis Rasulullah menunjukkan bahawa akan akan mengenakan bala yang amat pedih kepada seluruh umat manusia jika manusia melampaui batasan agama. Walaupun penyakit ini berpunya dari negara luar tidak bermakna kita bebas untuk menghitungkan diri. Kita mendoakan supaya dilindungi dengan selamat, tidak mau terjadi seperti di Acheh dahulu. Contoh terbaik yang banyak menginsafi kesalahan diri umat Islam apabila Allah menurunkan bala maka kita perlu muhasabah apa yang tidak kena.

Oleh yang demikian, selesema babi H1N1 adalah peringatan dari Allah yang sepatutnya dipandang serius bukan sahaja kerana bahayanya tetapi lebih daripada itu ia merupakan kemurkaan Allah yang bukan sahaja di dunia ini manusia menanggung kesusahan, bahkan selepas mati pun kita akan menanggung azab daripada Allah Taala. Wallahu alam..