Friday, May 29, 2009

Tahniah Tuanku Mukhriz

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI
CANSELOR UKM!

Saturday, May 9, 2009

Terbuka Jangan Sampai Hanyut..




Selesai sudah jihad dalam menghadapi peperiksaan tempoh hari.. perasaan tension, dan gelisah tak tentu arah pada tempoh 3 minggu yang lepas.. tetapi kegelisahan itu terubat akhirnya dengan saya berjaya menjawab kesemua kertas peperiksaan dengan jaya dan bertawakkal saja kepada Allah. Sudah lama saya tidak meninjau blog ini.

Namun, kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat2 di UKM maupun di luar sana tentang perilaku manusia yang saya kira isu hangat yang diperkatakan. Saya ingin mengambil satu pepatah "Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut..".

Walaupun kita menyedari bahawa tiap yang berlaku telah ditentukan oleh Allah Taala, samada baik disisi Allah dan sebaliknya. Tetapi ianya bukan satu alasan untuk kita mengubahnya denga cara kita ikhtiar. Contohnya, seorang manusia sudah ditentukan gagal dalam peperiksaan tetapi ianya boleh mengubah nasibnya dengan cara beliau rajin berusaha untuk berjaya.

Perbincangan saya,!!! Kenapa ada manusia yang mengubah keadaan dirinya yang kearah tidak baik bahkan sampai tidak dapat difikirkan dengan akal yang waras kenapa ia boleh berlaku. Saya terkejut dengan seorang artis yang saya kira dahulunya top dalam arena nasyid tanah air yang menjadi idola pada kanak2 yang menampilkan pendekatan dakwah yang betul. Tetapi, kenapa sekarang beliau mengubah keadaan dirinya dengan memilih jalan yang salah. Apa sebabnya ia boleh berlaku.

Yang kedua, kenapa sekarang ini cukup banyak masalah sosial dikalangan muda-mudi yang boleh merosakkan masa depan kita. Saya cukup kesal dengan apa yang berlaku zaman moden ini yang kita melihat macam satu petunjuk awal akan berlaku bala daripada Allh Taala. Masalah sosial seumpama pembuangan bayi secara hidup2, masalah dadah, rempit dan seumpamanya perlu dibendung.

Bagi saya kesemua ini berlaku disebabkan oleh salah pilih kawan. Dengan kawan kita jadi baik dan dengan kawan juga boleh manusia hanyut. Justeru, saya meminta kepada sahabat2 luar sana untuk menjaga dan mengawal dalam memilih kawan. Pilihlah kawan yang boleh menbawa kita sama2 ke lembah yang baik.

"Selamat menjalani PRAKTIKUM untuk sahabat Fakulti Pendidikan"

Monday, May 4, 2009

PERHATIAN!!!!!!


Temuduga Terbuka Jawatan Pelantikan Kontrak Untuk Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua Negara

Kementerian Pelajaran Malaysia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan seperti dinyatakan di bawah untuk menghadiri sesi temuduga terbuka bagi ;
  1. Pegawai Tadbir Kontrak (Lampiran A),
  2. Penolong Pegawai Kontrak (Lampiran B) dan;
  3. Pembantu Tadbir Kontrak (Lampiran C)
Kepada siswa/i yang saya kasihi.

Saya menyarankan supaya siswa/i yang telah tamat pengajian pada sesi ini bolehlah memcuba. mungkin disitu ada rezki anda. Untuk maklumat lanjut, sila lawati web:http://www.moe.gov.my/

"SELAMAT BERCUTI"