Sunday, July 19, 2009

KEMBALI EPISOD BARU...



Hari pertama saya mengikuti kuliah di bumi bertuah UKM bagi sesi 2009/10 setelah melalui satu ujian menguji kesabaran di SMK Sijangkang Jaya. Tempoh 2 bulan di Kuala Langat mengambil sebanyak mungkin peluang untuk mencuri pengalaman sebanyak mungkin dalam mendidik anak bangsa. Proses mendidik anak bangsa cukup mencabar dan memerlukan ketabahan dan kesabaran yang tinggi dalam mengharungi karenah anak2 pelajar yang cukup... Hanya Allah saja tahu. Alhamdulillah selesai sudah episod di Sijangkang Jaya. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh pentadbir sekolah, rakan-rakan guru dan para pelajar yang saya sayangi. Tetapi cukup terkilan tidak kesempatan mengikuti perkhemahan beruniform di Bentong sebagai pengalaman baru.

Kini, lembaran baru bermula melalui kuliah, tutorial dan aktiviti lain yang sangat menyibukkan. saya mengharapkan kepada pelajar baru cuba mengambil peluang sebanyak mungkin ketika berada di alam kampus untuk belajar dan berpesatuan. Di alam kampus ini untuk kita meningkatkan nilai tambah dalam diri supaya menjadi aset negara yang berguna pada suatu hari nanti.. InyAllah.. selamat mendaftar diri pada Minggu Pengenalan Pelajar.


sekalung penghargaan :
Ust Yazid (pensyarah/penilai)
Ustazah Zuraini (mentor)
Akh Imanuddin (housemate)
Akh Firdaus (housemate)

0 comments: